Unit Kewangan

Objektif

  • Menyediakan dan menyelaras belanjawan tahunan jabatan.
  • Memastikan pengurusan perolehan dan perbelanjaan jabatan dilaksanakan secara berhemah dan telus.
  • Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara teratur dan mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Fungsi

  • Menyediakan belanjawan tahunan jabatan.
  • Menguruskan pembayaran emolumen kakitangan.
  • Menguruskan terimaan hasil jabatan.
  • Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dan terimaan hasil kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta Ibu Pejabat Jabatan.

Aktiviti Utama

  • Mengurus serta menyelaras permohonan peruntukan bagi setiap unit di jabatan.
  • Menyediakan pesanan tempatan (Local Order) bagi permohonan perolehan daripada setiap unit di jabatan.
  • Melaksanakan pembayaran bagi barangan yang telah diterima dalam tempoh 14 hari selepas barangan dan dokumen lengkap diterima.
  • Menyediakan laporan kewangan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan dan memastikan pembayaran gaji serta emolumen kakitangan dibuat setiap bulan dengan pelarasan yang sewajarnya sekiranya terdapat kekurangan atau penambahan.
  • Mematuhi segala peraturan dan dasar-dasar sedia ada serta sentiasa peka terhadap peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.