- Details
- Super User
- Hits: 1632
Unit Perhubungan Industri dan Alumni
En. Syazwan Marwan Bin Abdul Rahim
Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Unit Perhubungan Industri dan Alumni merupakan salah satu unit sokongan akademik yang bertanggungjawab menguruskan penempatan pelajar bagi menjalani latihan industri. Matlamat utama unit ini adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing serta memenuhi keperluan industri semasa di peringkat nasional.
Selain itu, unit ini turut menguruskan graduan yang telah menamatkan pengajian serta menggalakkan penyertaan mereka dalam Program Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability Programme) sebagai nilai tambah kepada pelajar Kolej Komuniti. Program ini membantu pelajar membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari.
Sehingga kini, seorang pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan telah berjaya menamatkan pengajian di kolej ini. Di samping itu, unit ini juga berperanan menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti berkaitan alumni bagi mengekalkan hubungan baik antara kolej dan bekas pelajar.
Selain fungsi utama, unit ini turut mengalu-alukan Jalinan Kerjasama Strategik (Certificate of Collaboration - CoC) bersama agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerjasama ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan peluang latihan dan pekerjaan pelajar,
- Menyediakan perkongsian kepakaran, peralatan serta fasiliti,
- Menjalankan penyelidikan dan inovasi bersama,
- Menyokong pelaksanaan program berimpak tinggi bagi memperkukuh kebolehpasaran graduan.
Fungsi & Peranan
- Menguruskan proses penempatan latihan industri bagi pelajar yang layak.
- Menjadi perantara antara pelajar dengan organisasi luar yang menawarkan tempat latihan industri.
- Mengawal selia dan memantau pelaksanaan latihan industri pelajar.
- Menyediakan dan melaksanakan penilaian latihan industri pelajar.
- Menyelaras semua aktiviti berkaitan latihan industri.
- Melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan terhadap pencapaian objektif latihan industri.
- Menjalin kolaborasi bersama agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi memperkukuh rangkaian industri.
Aktiviti-Aktiviti Unit
Mesyuarat Penasihat Kolej Komuniti Betong Bil. 1/2023

Program Jom Derma Darah

Betong Food & Arts Festival (BeFA Fest 2023)

Community Project: SUPEWANG

Lain-Lain Aktiviti









