PENGENALAN DAN SEJARAH
Kolej Komuniti Betong (KKB) telah ditubuhkan dan ditandatangani pada 04 Disember 2007. Bangunan pertama KKB telah beroperasi di bangunan kedai dua tingkat di Lot 625 – Lot 629, Jalan Datuk Basil Temenggong, Betong Town District. Kerja pengubahsuaian bangunan telah siap dijalankan pada akhir tahun 2008. Kursus pertama yang ditawarkan adalah Sijil Pelukis Pelan Senibina. Pendaftaran kohort pertama pelajar telah dijalankan pada 13 Januari 2009 dan bangunan ini bertapak sehingga 31 Ogos 2010.
Pada tahun 2013, Kolej Komuniti Betong telah berpindah ke bangunan baru tiga (3) tingkat di Lot 2025-2027, Block 9 Batu Api Land District (Fasa 2), Bandar Baru Betong. Lokasi yang agak strategik kerana mudah akses kepada masyarakat setempat. Prasarana yang disediakan dapat menampung pelaksanaan kursus jangka panjang bagi lepasan SPM dan juga kursus jangka pendek atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi komuniti setempat.
Program Sijil Pelukis Pelan Senibina tidak akan ditawarkan selepas Jun 2020 dan akan ditukar kepada Sijil Pengembaraan Pelancongan dan pengambilan pertama dijangkakan pada Mac 2022.