SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN


Pengenalan

Program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) merupakan program sepenuh masa di peringkat sijil yang ditawarkan selama dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri dengan memenuhi keperluan industri dan pengiktirafan yang diperlukan. Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ini ditawarkan mengikut perkembangan teknologi dalam bidang pelancongan yang semakin pesat dan berkembang. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep teori dan praktikal pelancongan dalam konteks sebenar melalui pelbagai pengalaman pembelajaran di institusi seperti latihan industri, lawatan, dan latihan amali yang diberikan. Dengan latar belakang pendidikan ini, graduan dijangka memiliki keupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan secara berkesan dan berdaya maju seiring dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 untuk memperkukuhkan industri pelancongan menjadi destinasi utama di peringkat global.

Sinopsis

Sijil Pengembaraan Pelancongan di kolej komuniti ini menyediakan pelajar dengan pemahaman menyeluruh tentang prinsip, teori, dan amalan dalam industri pelancongan. Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengejar kerjaya dalam pelbagai sektor industri pelancongan termasuk agensi pelancongan, pelancongan rekreasi, pengurusan acara, dan pemasaran destinasi. Ia merangkumi pelbagai aspek pembelajaran termasuk asas dan perkembangan industri pelancongan, Interpretasi Pelancongan, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Asas Pengurusan Acara, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan dan Pelancongan Berasaskan Komuniti. Selain itu, kursus-kursus lain yang diwajibkan seperti keusahawanan digital, teknologi hijau, integriti dan anti rasuah juga diajar untuk memantapkan pelajar dengan kehendak aspirasi negara. Program ini menggabungkan pembelajaran praktikal dan pengalaman industri selama 6 bulan supaya pelajar lebih kompeten di tempat kerja. Elemen-elemen AI dan 4IR serta Sustainable Development Goals (SDG) turut diterapkan.

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Peluang pekerjaan termasuk:

  • Pembantu Pegawai Pelancongan (sektor kerajaan)
  • Pembantu Penguatkuasa (unit pelancongan)
  • Usahawan pelancongan berdaftar (bekerja sendiri)
  • Pemandu Pelancong berdaftar
  • Khidmat Pelanggan (sektor swasta)
  • Pembantu Tadbir Operasi
  • Pembantu Penyelidik
  • Perunding Lawatan / Interpreter (muzium, pusat interpretasi)
  • Pegawai Tempahan & Tiketan / Kerani Tempahan
  • Koordinator Lawatan / Ketua Rombongan
  • Eksekutif Pemasaran & Jualan (taman tema, agensi, pusat pelancongan)
  • Kru Acara / Penyelia Taman Tema / Adventure Operator / Lifeguard

PEO (Objektif Program / Programme Educational Objective)

  1. PEO1 : Menunjukkan pengetahuan, kemahiran numerasi, kemahiran digital dan kemahiran teknikal yang spesifik untuk melaksanakan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin di bawah penyeliaan yang minimum di dalam bidang pelancongan.
  2. PEO2 : Membangunkan semangat kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial, kemahiran interpersonal serta kemahiran komunikasi yang berkesan di dalam bidang pelancongan.
  3. PEO3 : Meningkatkan keinginan pembelajaran sepanjang hayat, minda keusahawanan dan etika profesional di dalam pembangunan kerjaya bidang pelancongan.

PLO (Hasil Pembelajaran Program / Programme Learning Outcomes)

  1. PLO1 : Menunjukkan pengetahuan spesifik dalam melaksanakan pelbagai tugasan teknikal rutin dan bukan rutin di dalam bidang pelancongan.
  2. PLO2 : Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dalam melaksanakan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin di dalam bidang pelancongan.
  3. PLO3 : Menunjukkan kemahiran praktikal untuk melaksanakan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin di dalam bidang pelancongan.
  4. PLO4 : Menunjukkan kemahiran interpersonal dalam menyampaikan perkhidmatan.
  5. PLO5 : Menunjukkan kemahiran komunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa tambahan lain dalam menyampaikan perkhidmatan.
  6. PLO6 : Menunjukkan asas kemahiran digital dalam melaksanakan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin dalam bidang pelancongan.
  7. PLO7 : Menunjukkan kemahiran numerasi dalam melaksanakan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin dalam bidang pelancongan.
  8. PLO8 : Menunjukkan keupayaan untuk bekerja dalam pasukan, bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam menyampaikan perkhidmatan.
  9. PLO9 : Menunjukkan keupayaan peningkatan kendiri dalam menyampaikan perkhidmatan.
  10. PLO10 : Menunjukkan minda keusahawanan dalam menyampaikan perkhidmatan.
  11. PLO11 : Menunjukkan etika kerja yang profesional dalam menyampaikan perkhidmatan.