MATLAMAT PSH

Pelaksanaan kursus PSH adalah untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik, menyediakan peluang kepada agensi kerajaan, agensi swasta, dan industri bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih (mobile).

PSH akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan ditingkatkan supaya ia lebih berkualiti dan kekal relevan, samada secara formal, bukan formal mahupun tidak formal sebagai laluan untuk pembangunan profesional dan individu. Peserta PSH merangkumi warga setiap organisasi dan satu mekanisme akan dibentuk bagi mengiktiraf pengalaman dan pembelajaran terdahulu. Setiap individu akan mendapat akses tanpa mengira tahap pendapatan ataupun latar belakang.

 

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM PSH DI KOLEJ KOMUNITI

  1. Menganjur dan menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (k-communities);
  2. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  3. Menyediakan rangkaian strategik (strategic networking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholder);
  4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.