Sijil Pengembaraan Pelancongan merupakan satu program yang direkabentuk bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengetahuan bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar akan didedahkan dengan modul Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Rekreasi Air, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan serta Tiketan dan Tempahan..

APA YANG MENARIK SIJIL INI..?

Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang pekerjaan di sektor swasta dan membuka perniagaan sendiri.

APAKAH YANG ANDA AKAN BELAJAR?

Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Rekreasi Air, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan serta Tiketan dan Tempahan.

PROSPEK  KERJAYA?

Kerani Tempahan dan Tiketan

Kerani Inbound / Outbound

Pembantu Jurulatih Rekreasi

Ketua Rombongan

Front Liner

On-Site Guide

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Syarat Am Kemasukan   

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian           4 semester