- Details
- Super User
- Hits: 1345
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Objektif
Bantuan kewangan ini diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan (keluarga B40) iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,249.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.
Golongan Sasaran
Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa atau penjaga sah dengan pendapatan kasar bulanan sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah layak memohon bantuan ini tanpa tertakluk kepada bilangan tanggungan isi rumah.
Pelajar daripada keluarga B40 layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Walau bagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada terma dan syarat tajaan semasa.
Peringkat Pengajian
Sijil
Tempat Pengajian
Kolej Komuniti
Syarat Am
- Semester 1 (Sijil Kolej Komuniti Sepenuh Masa)
- Warganegara Malaysia
- Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM5,249 dan ke bawah sahaja
- Semester 2 (Sijil Kolej Komuniti Sepenuh Masa)
- Warganegara Malaysia
- Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM5,249 dan ke bawah sahaja
- Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) semasa 2.00 dan ke atas
Permohonan / Pertanyaan
Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Penyelaras BKPKK: Puan Amalina Mahirah Binti Junani
No. Telefon: 083-471830








