Maklumat Program

Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship  - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.

Apakah menariknya program ini?

Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan

Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan

Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan

Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan

Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak

Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Syarat Kemasukan:

Warganegara MALAYSIA;

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;

Tempoh Pengajian: 20 bulan

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian minimum 20 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.