Salam sejahtera,

Saya berterima kasih dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga KKB kerana berjaya menterjemahkan informasi atau maklumat ke dalam laman sesawang rasmi Kolej Komuniti Betong ini.

Semoga ini dapat membantu Kolej Komuniti Betong untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan program yang bakal ditawarkan serta kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang akan dijalankan. Semoga laman sesawang ini dapat mempermudahkan masyarakat mengenali Kolej Komuniti Betong dan boleh dijadikan bahan rujukan untuk bakal pelajar dan para peserta kursus kelak.