NOTE

Unit Peperiksaan dan Penilaian

Pegawai Peperiksaan - Cik Arelene Sharon Anak Peter Adil

Cik Arelene Sharon Anak Peter Adil

Pegawai Peperiksaan

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit Peperiksaan dan Penilaian Kolej Komuniti Betong (KKB) merupakan pusat yang bertanggungjawab melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan peperiksaan serta penilaian pelajar. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan sistem peperiksaan kolej berjalan lancar dan teratur.

Selain itu, unit ini turut berperanan menyimpan rekod keputusan pelajar dan senarai lulusan yang telah menamatkan pengajian di KKB.

Fungsi & Peranan

  • Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester.
  • Menyelaras aktiviti pelaksanaan peperiksaan akhir berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh JPPKK.
  • Mengurus dan menyelenggara bank soalan peperiksaan.
  • Menyediakan tempat dan kelengkapan peralatan bagi pelaksanaan peperiksaan.
  • Memproses serta mengumumkan keputusan penilaian pelajar.
  • Menyediakan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan.
  • Menyedia dan mengurus data serta rekod persijilan pelajar.
  • Menyediakan transkrip pelajar serta Sijil Kolej Komuniti (SKK).
  • Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi tujuan majlis konvokesyen.

Data Lulusan Kolej Komuniti Betong

Sejak penubuhan Kolej Komuniti Betong, seramai 184 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian di pelbagai program. Berikut ialah data lengkap lulusan dari tahun 2013 hingga 2025:

Tahun Sesi Ambilan Jumlah Lulusan
2013 Kohort 2 - Jun 2013
(03.09.2013)
9
  Kohort 3 - Dis 2013
(04.03.2014)
4
2014 Kohort 4 - Jun 2014
(11.08.2014)
11
  Kohort 5 - Dis 2014
(10.03.2015)
15
2015 Kohort 6 - Jun 2015
(18.08.2015)
11
  Kohort 7 - Dis 2015
(15.03.2016)
12
2016 Kohort 8 - Jun 2016
(29.08.2016)
10
  Kohort 9 - Dis 2016
(23.03.2017)
21
2017 Kohort 10 - Feb 2017
(16.06.2017)
8
  Kohort 11 - Jun 2017
(11.10.2017)
6
  Kohort 12 - Dis 2017
(03.04.2018)
11
2018 Kohort 13 - Jun 2018
(12.09.2018)
15
  Kohort 14 - Dis 2018
(21.02.2019)
20
2019 Kohort 15 - Jun 2019
(08.08.2019)
6
  Kohort 16 - Dis 2019
(18.02.2020)
0
2020 Kohort 1 - Jun 2020
(29.09.2020)
10
2021 Kohort 2 - Feb 2021
(15.04.2021)
0
  Kohort 3 - Ogos 2021
(09.11.2021)
0
2022 Kohort 4 - Feb 2022
(26.05.2022)
0
  Kohort 5 - Ogos 2022
(26.10.2022)
0
2023 Kohort 6 - Sesi I: 2022/2023
(30.03.2023)
0
  Kohort 7 - Sesi II: 2022/2023
(10.08.2023)
0
2024 Kohort 8 - Sesi I: 2023/2024
(15.02.2024)
0
  Kohort 9 - Sesi II: 2023/2024
(25.07.2024)
0
2025 Kohort 10 - Sesi I: 2024/2025
(24.01.2025)
1
  Kohort 11 - Sesi II: 2024/2025
(15.07.2025)
14
JUMLAH 184