Unit Teknologi Maklumat & Korporat

Unit Teknologi Maklumat dan Korporat mempunyai satu (1) waran perjawatan iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 (TBK 1 & 2) yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan berkaitan ICT di Kolej Komuniti Betong (KKB). Ketersediaan dan kelancaran infrastruktur ICT — yang merangkumi sistem rangkaian dan komunikasi, perkakasan serta perisian ICT — memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan operasi harian kolej dan pelaksanaan sistem maklumat.

Lokasi unit ini terletak di dalam Makmal Komputer dan beroperasi pada waktu berikut:

  • Isnin hingga Jumaat: 7.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Cuti

Nombor telefon untuk dihubungi:
019-2602481 (Ruzaiman Bin A. Rahim)

Tanggungjawab Utama

  • Menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap, stabil dan terkini di kolej.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal kepada warga kolej bagi memastikan sistem ICT berfungsi dengan baik.
  • Melaksanakan penyelenggaraan berkala ke atas semua peralatan ICT.
  • Mengurus, memantau dan mengemaskini maklumat laman web rasmi Kolej Komuniti Betong.
  • Mengurus talian internet dan rangkaian, serta memastikan penyampaian maklumat melalui medium ICT berjalan lancar.
  • Merancang dan melaksanakan perolehan alat ganti, aset serta fasiliti ICT kolej.
  • Mengurus akaun e-mel pengguna dan pelajar kolej.
  • Merancang serta mengurus bajet ICT tahunan.
  • Mengurus dan memantau peralatan sewaan ICT.
  • Mengurus akaun perisian dan langganan ICT kolej.