- Details
- Super User
- Hits: 1521
Unit Pentadbiran Perkhidmatan
Objektif
- Menentukan urusan perkhidmatan kakitangan dilaksanakan dengan baik dan cekap.
- Mengadakan dan menyelaras latihan kepada kakitangan dengan lebih bersistematik dan terancang.
- Mewujudkan kakitangan yang cekap, cemerlang serta produktif dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Fungsi
Memberi dan menyediakan perkhidmatan pengurusan sumber manusia di jabatan dengan cekap serta profesional dalam melaksanakan setiap tugasan.
Aktiviti Utama
- Bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan jabatan.
- Mengurus segala urusan berkaitan dokumen serta surat-menyurat jabatan.
- Menyelaras sistem pengurusan rekod dan fail jabatan.
- Menyelaras penghantaran dan penerimaan surat daripada agensi luar.
- Bertindak sebagai urusetia dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh jabatan seperti Mesyuarat Pengurusan.
- Merancang pembangunan sumber manusia dan organisasi jabatan termasuk urusan pengambilan serta perpindahan kakitangan, penstrukturan semula organisasi, pengesahan lantikan, kenaikan pangkat, dan urusan tatatertib kakitangan.
- Memastikan keceraian, kebersihan dan keselamatan jabatan sentiasa berada dalam keadaan baik.








