PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan
Kolej Komuniti Betong merupakan salah sebuah organisasi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan:
- Menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan profesional yang berkaitan.
- Memproses pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam dua puluh (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.
- Melaksanakan bantuan kewangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak.
- Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.








