📸 KURSUS PERTAMA BAGI TAHUN 2026 | KOLEJ KOMUNITI BETONG
Alhamdulillah, Kursus Pendek Pembuatan Japanese Cream Puff yang telah dilaksanakan pada 24 Januari 2026 merupakan kursus pertama Kolej Komuniti Betong yang dilaksanakan bagi tahun 2026 🎉
Seramai 24 orang peserta telah menyertai kursus ini dan berjaya menghasilkan Japanese cream puff yang gebu serta pelbagai variasi topping 🍰✨
Kursus ini menjadi permulaan kepada pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi tahun 2026, sekali gus membuka tirai kepada lebih banyak kursus kemahiran untuk komuniti setempat.
Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung 👏
📌 Nantikan lebih banyak kursus menarik akan datang daripada Kolej Komuniti Betong 🌱
 
 
 
 
 
   
       

🎓