Pada 16 & 17 Ogos 2025, Kolej Komuniti Betong telah menganjurkan kursus pembuatan pencuci mulut melibatkan 36 peserta daripada KRT setempat dan juga komuniti sekitar.
👩‍🍳 Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja belajar teknik penyediaan Tiramisu dan Bread Butter Pudding yang mudah dan sedap, malah berpeluang membawa pulang hasil buatan sendiri.
✨ Kursus ini memberi manfaat kepada peserta dengan:
Menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang pastri.
Meningkatkan keyakinan menghasilkan pencuci mulut berkualiti.
Membuka peluang untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dengan penuh semangat dan menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kegunaan seharian dan juga sebagai peluang keusahawanan.
──────────────────────────────
𝙇𝙞𝙠𝙚 | 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 | 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 :
🌐 Laman Sesawang Rasmi: kkbetong.mypolycc.edu.my
📋 Portal Pengambilan Pelajar: ambilan.mypolycc.edu.my
📘 Facebook: Kolej Komuniti Betong
 
 
 
 
 
       
   

🎓