Alhamdulillah, pada 11 Januari 2025, Kolej Komuniti Betong telah berjaya menganjurkan kursus pendek Asas Pembuatan Sweet Tart dengan penyertaan seramai 13 peserta.

Kursus ini memberikan pendedahan tentang teknik asas membuat tart yang lazat, bermula daripada penyediaan doh hingga kepada proses menghias dengan pelbagai inti yang menarik.

Para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan kreativiti tersendiri sepanjang sesi pembelajaran.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyiapkan tart mereka dengan cemerlang! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga membuka peluang untuk menjana pendapatan.

Terima kasih atas sokongan anda semua!

Nantikan lebih banyak kursus menarik daripada kami di masa akan datang.