Sempena meraikan graduan Kolej Komuniti Betong (KKB) yang tamat sesi pengajian pada Jun 2020, Unit Peperiksaan dan Penilaian KKB telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Teknologi Senibina pada 20 Oktober 2021 (Sabtu) di Dewan Kolej Komuniti Betong. Jumlah graduan yang diraikan adalah terdiri daripada semua lulusan Kohort 1 bagi Lulusan Jun 2020. Namun begitu, hanya 8 orang graduan sahaja yang dapat hadir kerana terdapat beberapa graduan yang sudah bekerja dan juga faktor lokasi yang jauh. Mereka merupakan batch terakhir bagi program Sijil Teknologi Senibina sebelum KKB menawarkan program pengajian baharu iaitu program Sijil Pengembaraan Pelancongan.

Majlis ini dilaksanakan secara Janji Temu susulan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Betong. Penyampaian Sijil Kolej Komuniti (SKK) kepada setiap graduan adalah secara berjadual mengikut masa janji temu yang telah ditetapkan. Namun begitu, para graduan masih berpeluang mengambil gambar dengan memakai jubah konvokesyen di atas pentas yang disediakan sebagai tanda kenang-kenangan kepada mereka.

NO

PROGRAM

BIL. KOHORT 1

LULUSAN JUN 2020

JUMLAH

KESELURUHAN YANG HADIR

1

SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

(STS)

10

8

 SENARAI NAMA GRADUAN SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA BAGI KOHORT 1 (LULUSAN JUN 2020)

BIL.

NAMA GRADUAN

STATUS KEHADIRAN

1

EZELYNRUA ANAK ANDREW LABA 

HADIR 

2

SAMUELL ANAK LIKAU

HADIR 

3

ZLITA BINTI KADIR

HADIR 

4

MUHAMAD ZAIM ILHAM BIN SAMSUDIN

HADIR 

5

FAZATUL FARIHA BINTI RABAIE

HADIR 

6

JUSTIN TEDDY ANAK JATAN

HADIR 

7

DARRELL ANAK TAWI

HADIR 

8

MUHAMMAD AMIR AMIRUDDIN BIN RAZALI

TIDAK HADIR

9

MOHAMMAD KHAIRANI BIN SULAIMAN

HADIR 

10

FRANKIE ANAK KUNSIL

TIDAK HADIR