Majlis Penyampaian Sijil Teknologi Senibina (Kohort 15) Kolej Komuniti Betong Tahun 2021 yang dikendalikan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian, Kolej Komuniti Betong (KKB) adalah untuk meraikan 6 orang graduan yang terdiri daripada semua lulusan Kohort 15 bagi Lulusan Jun 2019 yang sepatutnya menghadiri konvokesyen pada tahun 2020. Namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan penularan COVID-19 pada tahun itu.

Majlis ini dilaksanakan secara Janji Temu susulan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Betong. Penyampaian Sijil Kolej Komuniti (SKK) kepada setiap graduan adalah secara berjadual mengikut masa janji temu yang telah ditetapkan. Namun begitu, para graduan masih berpeluang mengambil gambar dengan memakai jubah konvokesyen di atas pentas yang disediakan sebagai tanda kenang-kenangan kepada mereka.

Semoga ia dapat menjadi pemangkin semangat buat semua graduan KKB untuk berusaha lebih gigih menggapai kejayaan pada masa akan datang. KKB mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan Lulusan Jun 2019.

Majlis ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  1. a) Meraikan graduan Kolej Komuniti Betong yang tamat pada Jun 2019.
  2. b) Menyampaikan Sijil Kolej Komuniti kepada graduan

 Tempat dan Tarikh Pelaksanaan:

Tempat        : Dewan Kolej Komuniti Betong

Tarikh           : 14 September 2021

 

NO

PROGRAM

BIL. KOHORT 15

LULUSAN JUN 2019

JUMLAH

KESELURUHAN

1

SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

(STS)

6

6

  

SENARAI NAMA GRADUAN BAGI KOHORT 15 (LULUSAN JUN 2019)

Nur Shahfina binti Sena   

Noarni binti Aing 

Catherine Eleesa Sabang 

Madeline Jering Anak Mathew 

Zuraidah binti Rosie 

Anelca Tinggie Anak Favian