Bakat Diuji, Usahawan Dilahirkan!
 
Kursus Pengukuhan Bakat Komuniti 2025: Komuniti Baker Pro telah berjaya dilaksanakan pada 8–11 Julai 2025, melibatkan seramai 15 peserta dari komuniti setempat.
Sepanjang 4 hari program ini, pelbagai kemahiran diterokai melalui kursus seperti:
 
🍯 Roti Sarang Lebah
🍮 Japanese Cream Puff
🍫 Brownies Cheese
🍞 Thai Bread
🖥️ Pembangunan Poster
📊 Pengiraan Kos
🤖 AI Generatif
 
✨ Program ini bukan sekadar kursus—ianya satu persediaan untuk melahirkan usahawan komuniti yang berjaya, mampu menambah pendapatan dan berdikari dalam dunia keusahawanan.
🙏 Pihak Kolej Komuniti Betong mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan anda. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program.
💡 Semoga segala ilmu yang dikongsi menjadi manfaat berterusan. Teruskan menyokong program komuniti kami!
 
 
 
     

🎓