- Details
- Hits: 108
KURSUS PENDEK PEMBUATAN MEE KARI | KOMUNITI BETONG
Pada 5 Julai 2025 yang lalu, Kolej Komuniti Betong dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Pendek Pembuatan Mee Kari bersama 20 peserta dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Betong.
Antara aktiviti menarik sepanjang kursus ini ialah:
Pengenalan bahan asas dan teknik menghasilkan mee kuning segar secara manual.
Teknik menyediakan kuah kari yang lazat tanpa santan.
Demonstrasi langkah demi langkah memasak mee kari yang enak.
Sesi praktikal berkumpulan menyediakan mee kari hasil tangan sendiri.
Para peserta bukan sahaja berjaya menghasilkan mee kari yang sedap dan berkualiti, malah berpeluang membawa pulang hasil masakan sendiri untuk dikongsi bersama keluarga.
Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan usaha yang ditunjukkan. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat dalam kehidupan harian!
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini, terutamanya peserta dari KRT Betong atas sokongan anda!
Jumpa lagi dalam aktiviti akan datang!
-----------------------------------------
𝙇𝙞𝙠𝙚 | 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 | 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 :
Laman Sesawang Rasmi KKB : https://kkbetong.mypolycc.edu.my/
Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Instagram KKB : www.instagram.com/kkbetong
Facebook KKB : Kolej Komuniti Betong
Tik Tok KKB : www.tiktok.com/@kkbetong
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]()
























