Menyediakan dan menyelaras belanjawan tahunan jabatan.
Memastikan pengurusan perolehan dan perbelanjaan jabatan dilaksanakan secara berhemah dan telus.
Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara teratur dan mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Fungsi
Menyediakan belanjawan tahunan jabatan.
Menguruskan pembayaran emolumen kakitangan.
Menguruskan terimaan hasil jabatan.
Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dan terimaan hasil kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta Ibu Pejabat Jabatan.
Aktiviti Utama
Mengurus serta menyelaras permohonan peruntukan bagi setiap unit di jabatan.
Menyediakan pesanan tempatan (Local Order) bagi permohonan perolehan daripada setiap unit di jabatan.
Melaksanakan pembayaran bagi barangan yang telah diterima dalam tempoh 14 hari selepas barangan dan dokumen lengkap diterima.
Menyediakan laporan kewangan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Melaksanakan dan memastikan pembayaran gaji serta emolumen kakitangan dibuat setiap bulan dengan pelarasan yang sewajarnya sekiranya terdapat kekurangan atau penambahan.
Mematuhi segala peraturan dan dasar-dasar sedia ada serta sentiasa peka terhadap peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.