Micro-Credential Stand Alone: Basic Cake and Decoration 

Pada 12 Mei 2026 hingga 15 Mei 2026, seramai 30 orang pelajar daripada Madrasah Tahfiz Al Hannah, Kuching telah menyertai program ini yang berlangsung dengan penuh semangat, kreativiti dan komitmen.
Program ini memberi pendedahan asas dalam bidang pembuatan kek dan dekorasi kepada para pelajar tahfiz sebagai nilai tambah kemahiran TVET serta membuka peluang kemahiran keusahawanan pada masa hadapan. Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari teknik asas penyediaan kek, penggunaan peralatan, teknik menghias serta menghasilkan dekorasi kek secara hands-on. 

Walaupun berdepan cabaran logistik dan perjalanan yang jauh, pengalaman melihat kesungguhan serta minat para peserta menjadi satu kepuasan yang amat bermakna buat seluruh tenaga pengajar dan urus setia. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berkembang dalam bidang kemahiran dan keusahawanan. 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
||
![]()



.jpg)
