Dari Asas ke Kek Profesional
 
Program Microcredential Stand Alone: Basic Cake & Decoration telah berjaya dilaksanakan pada 17–20 Julai 2025, melibatkan seramai 15 peserta komuniti setempat yang bersemangat tinggi untuk menimba ilmu!
Sepanjang 4 hari program ini, peserta diberi pendedahan menyeluruh dalam pembuatan dan dekorasi kek seperti:
 
🍰 Buttercream Cake
🍒 Black Forest
❤️ Red Velvet
🧀 Cheese Cake
 
🎓 Program ini bukan sekadar latihan kemahiran—tetapi turut menawarkan sijil microcredential yang diiktiraf, sesuai untuk meningkatkan nilai diri sama ada dalam kerjaya, pendidikan lanjutan atau keusahawanan.
🙏 Pihak Kolej Komuniti Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan anda semua. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program.
 
💡 Semoga segala ilmu yang diperoleh memberi manfaat jangka panjang. Teruskan menyokong program-program pembangunan komuniti bersama kami!
 
 
 

🎓