🍕 Kursus Pembuatan Roti Pizza Bersama PPDK Betong! 🍞
 
Pada 8 Mei 2025, seramai 27 peserta dari PPDK Betong telah menyertai Kursus Pembuatan Roti dan Pizza yang diadakan di Dewan Kolej Komuniti Betong.
Sepanjang kursus, peserta telah mempelajari pelbagai kemahiran seperti:
 
👩‍🍳 Cara menguli doh roti dan pizza
🧀 Teknik membuat topping yang sedap dan menarik
🔥 Cara membakar roti dan pizza dengan betul
 
Suasana kursus sangat seronok dan penuh gelak tawa! Para peserta sangat teruja dapat menghasilkan roti dan pizza sendiri — lebih istimewa lagi, mereka berpeluang membawa pulang pizza hasil tangan mereka sendiri untuk dikongsi bersama keluarga. ❤️🍕
 
Tahniah kepada semua peserta! Semoga ilmu ini memberi manfaat dan membuka peluang untuk menjana pendapatan di masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. 🙌