Program TVET Tahfiz @ IPT Komuniti 2025
SENI PASTRI DAN FONDANT: DARI ASAS KE KREATIVITI
Pada 26 dan 27 April 2025, seramai 15 pelajar dari SMK Agama Saratok bersama 1 guru pengiring telah menyertai kursus ini yang berlangsung di Dewan Kolej Komuniti Betong.
Dalam Modul 1: Sweet and Savoury Tart, para peserta mempelajari pelbagai kemahiran asas termasuk teknik membuat tart manis dan savoury, teknik menguli doh, membentuk kulit tart, serta mengisi dan menghias tart dengan kreatif dan menarik.
Antara produk yang berjaya dihasilkan sepanjang kursus ini ialah:
Cheese Tart Montok
Egg Tart
Quiche Lorraine
Fruit Tart
Pelajar telah mempelajari banyak perkara baharu serta menunjukkan komitmen, kreativiti, dan semangat tinggi sepanjang program ini berlangsung.
Syabas kepada semua peserta atas usaha dan hasil kerja mereka yang membanggakan! Semoga ilmu ini menjadi asas kukuh dalam kerjaya kulinari dan keusahawanan halal.
Jumpa lagi pada minggu seterusnya dengan lebih banyak aktiviti menarik!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















